5 Adab Berkunjung di Open House Raya

 




Adab Ketika Mengunjungi Open House Hari Raya

Alhamdulillah kita masih berada di bulan Syawal. Masih ada peluang berkunjung-kunjungan. Open House dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Jadi kita sebagai tetamu yang akan mengunjungi majlis Hari Raya Open House ni, tentu lah ada adab adabnya juga. Penting bagi kita menjaga adab ketika ziarah ke rumah orang. Baru lah tuan rumah happy sambut kehadiran kita. Jom tengok apa adab ketika mengunjungi Open House. 

1. Ikut Masa yang Ditetapkan Tuan Rumah

Biasanya tuan rumah akan maklum siap siap dalam jemputan tempoh Open House. Jadi kita kena lah tepati atau hormat tempoh yang diberikan. Datang dalam tempoh masa yang diberikan, jangan ikut suka nak terjah rumah orang. Jika kita terlalu lewat dan tak sempat nak hadir, mohon maaf saja dengan tuan rumah tak dapat hadir jemputan. 

2. Menjaga Mata dan Tidak Sibuk dengan Barangan Hiasan Rumah Tuan Rumah

Penting kita untuk menjaga mata dan tidak melihat secara liar dengan mengintai dapur atau pun bilik tidur supaya tidak tersingkap aurat tuan rumah yang berkemungkinan tidak sempurna. 
Dan jangan pula kita sibuk bertanyakan perkakasan yang ada dalam kediaman tuan rumah. Kita tak dibenarkan untuk memasuki urusan orang lain kecuali apabila diminta sendiri oleh mereka. 

Sabda Baginda Rasulullah yang bermaksud : “Sesungguhnya di antara ciri kebaikan keislaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat untuk baginya”. (Hadis Riwayat Tarmizi) 



3. Menjaga Anak yang Dibawa

Jika kita datang beraya bersama anak anak kecil, pastikan mereka tidak mengotor atau memecahkan barangan tuan rumah.
Ajari  juga anak-anak kita tentang adab sebelum ke rumah orang dengan adab dan akhlak yang baik. Pesan kepada anak-anak apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Jangan biarkan anak-anak buat bising ketika berada di dalam rumah orang, jangan berlari-lari, memanjat kerusi, melompat-lompat, main TV tekan-tekan channel, jangan menjerit-jerit, tidak membuat kacau, jangan buka peti ais rumah orang, jangan masuk ke bilik atau masuk ke mana-mana ruang dalam rumah orang tersebut. 

Lagi satu, JANGAN BUKA SAMPUL DUIT RAYA depan tuan rumah. Ini adab paling kena jaga. Tak perlu tengok duit raya yang diberi di depan tuan rumah.

4. Tidak Berlama Lamaan

Tetamu yang dijemput Open House bukan kita seorang sahaja, jadi bila berkunjung jangan lah duduk hingga berjam jam macam tak nak balik. Tuan rumah juga nak raikan tetamu yang lain. 

Kita mestilah mengetahui maksud ziarah sebentar sahaja dan bukan lah menyulitkan tuan rumah untuk menyediakan makan pagi, tengah hari, petang dan malam untuk kita. 

5. Mengucapkan Syukur dan Terima Kasih 

Jangan lupa ucap terima kasih dengan senyuman yang manis kepada tuan rumah yang sanggup menerima kita sebagai tetamu. 

Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidak dianggap bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur kepada manusia” - (Abu Daud) 

Selamat Hari Raya semua. Jaga adab ya, jaga juga makan minum. Jangan belasah semua, jika dah terlajak saya cadangkan ambil Set Kurus Shaklee, detox serta bakar lemak dan kembalikan semula nutrisi nutrisi yang lebih baik dalam badan. 

Terima kasih sudi baca coretan kali ini. Sehingga bertemu lagi di lain entry.

💕💕💕




Comments

Popular Posts