VITAMIN UNTUK WANITA KEKAL SIHAT CANTIK DAN BERTENAGA

 


Hai semua!

Kembali lagi dalam blog Ifah, entry kali ini saya nak kongsi dengan semua berkenaan vitamin untuk wanita. Sebelum ni saya ada share dalam entry lepas Vitamin E untuk wanita. Kali ini terpanggil untuk berkongsi vitamin khas untuk kekal sihat cantik dan bertenaga. 

Kalau anda seorang wanita, please baca entry sehingga habis tau. 

Pernah dengar kan, “disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita hebat di sebalik kejayaan tersebut…”

Wanita menjadi “tunjang” kepada kejayaan suami dan anak anak. Wanita juga berperanan dalam menguruskan rumahtangga sewaktu ketiadaan suami di rumah. Bagi wanita bekerjaya, wanita menjadi aset penting kepada perjalanan satu satu organisasi. 

Hebat kan wanita? Sebab tu penting wanita untuk jaga kesihatan diri, emosi, fizikal dan sebagainya. Bila kita sihat dan happy, anak anak pun akan happy dan seluurh keluarga akan gembira. 

Korang ada ambil vitamin? 
Kalau ada alhamdulillah. 

Tapi kalau takde please mula bertindak untuk ambil sekurang kurangnya 4 vitamin di bawah ini. Jom saya terangkan satu persatu. 

4 VITAMIN PENTING UNTUK WANITA
  1. MULTIVITAMIN

Pengambilan multivitamin membantu memastikan tubuh menerima nutrien yang cukup untuk menjalankan fungsi harian dengam cekap. Multivitamin membantu mengatasi kekurangan nutrien yang mungkin berlaku akibat dari pemakanan yang tidak seimbang. 
Jika badan kita kekurangan nutrien, tubuh kita akan selalu letih dan mudah dijangkiti penyakit. Cadangan dari Shaklee, anda boleh mengamalkan multivitamin yang diformulasi baru iaitu Vitalize Shaklee





2- GLA (Asid Gamma-Linolenik)

Gla Complex terkenal dalam kalangan mereka yang nak ikhtiar hamil kerana ia sangat bagus untuk masalah hormon seperti haid tidak lancar dan stabil. Ia juga sangat baik untuk anti aging untuk mengurangkan masalah kedutan di bahagian wajah kerana ia mengandungi Minyak Borage dan Sunflower Oil. 

Selain dari makan GLA Complex, kita juga boleh pecahkan kapsul dan sapukan pada wajah dengan urutan.



3- KALSIUM

Kalsium adalah mineral yang penting untuk kekuatan tulang dan gigi. Wanita mempunyai risiko lebih tinggi terkena osteoporosis (penyakit pengeroposan tulang) berbanding lelaki, terutamanya selepas menopause. 

Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan membantu mencegah kehilangan kepadatan tulang dan mengekalkan tulang yang kuat. Sumber kalsium yang baik termasuk susu, produk tenusu rendah lemak, kacang-kacangan, dan sayur-sayuran hijau gelap.

Kalsium dalam Shaklee dinamakan Ostenutrix. Ostenutrix Shaklee bukan hanya mengandungi kalsium, tetapi juga mengandungi mineral lain seperti magnesium, zinc, copper dan lain-lain. Sangat disarankan kepada kaum wanita terutamanya kaum ibu dan amat baik untuk menghilangkan sakit-sakit sendi tulang selain dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan. 


4- OMEGA-3

Omega-3 adalah jenis asid lemak yang ditemui dalam ikan berlemak seperti salmon, sarden, dan trout. Kebaikan omega-3 kepada kesihatan wanita termasuklah meningkatkan fungsi jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh. Omega-3 juga memberi kesan positif kepada sistem saraf dan keseimbangan emosi, yang dapat membantu mengurangkan risiko kemurungan dan kecemasan.

Pengambilan Omega-3 yang cukuo membantu untuk dapatkan kulit yang cantik. Selain kulit cantik, kita sebagai wanita haruslah sentiasa proaktif dan fokus, amalkan Omega 3 ni membantu anda fokus dan membantu mengawal paras kortisol iaitu hormon stress dengan membantu meninkatkan mood yang lebih baik. 



Pengambilan vitamin-vitamin ini dengan seimbang bersama pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif dapat membantu wanita menjaga kesihatan keseluruhan, mengurangkan risiko penyakit kronik, dan meningkatkan kualiti hidup. 

Walau bagaimanapun, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum memulakan pengambilan sebarang tambahan vitamin dalam rutin harian anda.

Inilah sedikit sebanyak info penting untuk kaum wanita. InshaAllah dengan ikhtiar ini semoga Allah kurniakan kita nikmat kesihatan yang lebih baik dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wanita yang lebih sihat ceria dan gembira setiap hari. 

Untuk anda yang ingin mencuba mana mana boleh hubungi saya 0199357375. Saya akan bantu beri konsultasi percuma dan terbaik untuk kesan yang optimum.

Sehingga berjumpa lagi di next entry. 💕





Comments

Popular Posts