10 Kebaikan Intermittent Fasting
Pantas masa berlalu. Tahun 2023 ni dah bulan Februari dah. Kena cakna pemakanan bukan untuk kurus semata. Kalau ini niat kita, rugi lah.
Pengalaman Ifah dulu makan junk food, makanan berproses, maggie dan seangkatan dengannya dulu masa tu Ifah kurus. Tapi bila kita dah start amalkan pemakanan sihat, ambik protein, masa tu berat mula naik. Badan jadi solid dan sihat bertenaga. Jadi siapa kata jaga pemakanan boleh jadikan kurus?
Buang ya persepsi tu. Kita jaga perut sebab kita nak JAGA KESIHATAN. Dari perut punca sakit datang. Gerd, anxiety dan penyakit kronik yang lain.
Sekarang ni diet apa yang paling popular? DIET CARA SUNNAH!
Ifah pernah terbaca testimoni ada yang sembuh gastrik kronik selepas amalkan INTERMITTENT FASTING untuk beberapa tahun. Bukan senang nak jaga perut kan. Intermittent Fasting ni konsep dia lebih kurang puasa jugak. Jom Ifah terangkan ☺️
Puasa basah = IF
Puasa kering = Puasa Ramadhan
Kenapa IF ni puasa basah?
Sebab masa IF, kita masih boleh minum air (sebaiknya air kosong dan tak bergula). Dan selalunya IF ni dilakukan belah malam ke atas. Sebab dinner awal kan, so mula IF selepas dinner. Jadi IF ni lebih ringan sebab malam kurang aktiviti.
Kalau puasa Ramadhan, semua dah tahu, kita menahan diri dari makan dan minum sehingga masuk waktu berbuka. Sebab tu namanya puasa kering.
Contoh waktu puasa IF.
Boleh mulakan dengan 12:12
puasa 12 jam
Dan waktu makan 12jam
16: 8
Puasa 16jam
Waktu Makan 8 jam
23: 1
Puasa 23jam
Waktu Makan 1jam
Terdapat beberapa jenis atau cara pengamalan IF.
- 16:8. Ini mungkin yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.
- 24jam. Di sini anda perlu elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi – minum air dibenarkan.
- 5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.
- Lain-lain. Tentu dengan tren-tren social media, akan ada pelbagai pendekatan tapi ia tetap fokus kepada kawalan waktu “berpuasa”. (Rujukan Kevin Zahri)
Bawah ni Ifah kongsikan Kebaikan Intermittent Fasting, IF untuk kesihatan.
1. Menstabilkan paras insulin dalam badan - Bila berpuasa, paras insulin menurun dan ini bagus untuk membantu mencegah dan mengawal diabetes. Paras insulin yang tinggi boleh merosakkan saraf mata dan salur darah, dan buatkan badan berisiko gemuk.
2. Mengawal / menurunkan paras kolesterol jahat, LDL, Triglyceride dan tekanan darah yang sihat (tapi pastikan pilih makanan yang sihat juga)
3. Meningkatkan sistem imun badan.
4. Merangsang hormon tumbesaran (human growth hormone, HGF)
5. Meningkatkan metabolisme badan - bila berpuasa metabolisme badan akan meningkat
6. Mengurangkan risiko sakit jantung
7. Menyingkirkan toksin dari badan
8. Mengurangkan keradangan di dalam badan - radikal bebas tinggi dalam badan boleh membawa kepada risiko kanser. Dengan berpuasa, radikal bebas menurun dan terkawal, keradangan berkurang dan DNA tidak terganggu maka kuranglah risiko penyakit.
9. Meningkatkan kesihatan otak
10. Meningkatkan kesihatan sistem pencernaan
Banyak kan kebaikan IF?
Jom lah sama sama kita pelihara perut kita. Sekurangnya kita dah mengamalkan satu amalan sunnah iaitu menjaga perut dengan berpuasa, dan menahan nafsu makan demi mendapatkan sihat zahir dan batin. InshaAllah ❤️
Untuk yang nak lose weight., konsisten je amal IF. Jangan gopoh dengan result. Yang penting, kita betulkan lifestyle supaya lebih baik. Jemput singgah ke entry Tips Turunkan Berat Badan Bergaya dengan Hanya Intermittent Fasting untuk lebih info Intermittent Fasting.
#shakleethrive2023 #blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #pengedarshakleeterengganu #shakleeterengganu
Atifah Muhammad
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Call/Whatsapp ; 019-9357375
thanks for the info
ReplyDelete