9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat BEST!

 




Assalamualaikum dan hai semua. Berjumpa kita di entry kali ini saya nak share 9 sebab kenapa Komuniti Bisnes Shaklee ni sangat best?

Sebelum saya cerita tentang bestnya komuniti Shaklee ni, saya nak share sedikit kenapa saya memilih bisnes Shaklee sedangkan banyak lagi bisnes kat luar sana kan. 

Bisnes Shaklee ni mampu buat kita melekat dengannya. Saya setia dengan produk dan berniaga Shaklee sejak 2018. 

Satu company yang suka bagi free hehe. Company yang dah 30 tahun bertapak di Malaysia, dan lebih 50 tahun di dunia. 
Kalau company tu besar, strong, benefit yang kita dapat pun lebih banyak. Financial Shaklee sangat strong dan mampu bayar 7 jenis bonus pada ahli yang layak. 

Ramai golongan professional antaranya doctor, lawyer, engineer resign kerja untuk meneruskan legasi bersama Shaklee. Dalam Shaklee ada 2 benda yang mereka dapat iaitu kebebasan masa dan kebebasan kewangan yang tiada limit. 


Antara kelebihan yang Shaklee tawarkan untuk semua Bussines Builder Shaklee. 

Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best? 

1. Ada support group dan positif circle

Bila saya join Shaklee, kuasa teammate membuatkan saya jatuh cinta. Circle positif yang menarik kami berbisnes kerana Allah membuatkan saya rasa sangat sayang. Bila kita ada support group yang positif, kita takkan rasa keseorangan. Masing masing saling support dan memotivasikan each other. 

Bukan mudah nak jumpa circle yang betul betul bagus dan positif. Nak jumpa orang yang attitude bagus memang susah, walaupun dalam bisnes ramai yang menghadapi isu upline dengan downline. Tapi alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab berada dalam circle yang betul. 

Circle yang baik akan membawa kita kepada perkara yang bermanfaat. Jika circle kita positif, maka begitulah emosi kita. Emosi positif akan menarik perkara yang positif dalam hidup kita. Pentingnya kita pilih circle yang betul untuk kita jaga energy kita. Baru lah dapat berbisnes dengan penuh excitement. 

2. Mentor yang ikhlas mengajar dan bantu untuk kita berjaya. 

Dalam bisnes paling best tentunya bila kita ada mentor yang boleh guide kita. Barulah kita dapat berbisnes dengan cara yang betul sebab mentor dah lalui apa yang kita sedang lalui sekarang. Ibarat penyuluh jalan yang gelap.

Peranan mentor ni sangat memberi impak dalam sesebuah organisasi. Mentor yang bagus akan melahirkan leaders yang bagus dan hebat. Bersyukur sangat dalam team kami ada mentor yang sangat ambil berat semua downline bukan sekadar guide untuk bisnes saja tapi umpama seorang ibu yang nak anak nya berjaya. 


Personal coaching dengan mentor Dr Normi Mohd


Master Shairne Omar. Icon surirumah income 5 angka sebulan. 
  

3. Saling Memberi Motivasi dan Inspirasi


Ramai surirumah bangkit bila ada perkongsian hebat dari Master dan Leader


Semangat dan ilmu berterusan dalam komuniti Shaklee

Adatlah dalam bisnes mesti kita pernah down, terasa lemah dan rapuh hadapi masalah dan kesulitan dalam kehidupan harian. Setiap perjalanan bisnes, saya akan belajar sesuatu yang baru. Kadang melalui juga fasa ups and down, tapi yang pasti, fasa down tu sekejap tak lama.

Para leaders dan Masters akan sentiasa cari jalan untuk menbantu beri semangat, motivasi dan inspirasi. Ini lah yang sebenarnya ramai antara kita tidak kuat bertahan dalam bisnes. Dan kita selalu rasa masalah kita besar, tapi di sebalik ujiankita, ada insan yang hebat Allah pilih dan uji dia dengan ujian lebih besar dalam hidupnya. 

4. Belajar terus dengan pakar 

Dalam komuniti kami terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada suri rumah, ada engineer, guru, nurse dan sebagainya. Namun begitu, untuk mendapatkan info berkaitan kesihatan yang mantap, kumpulan kami tetap berusaha sediakan kelas yang disampaikan oleh pakar.

Kelas tersebut disampaikan oleh doktor berpengalaman dan ahli sains terkemuka di Malaysia.



Antara Doktor bertauliah yang dijemput untuk bagi talk dan seminar kepada kami

Dr Hafiz Sulaiman untuk isu GERD anxiety detox dan general health

Dr Amir Hamzah untuk issue immunology 

Dr Kartini untuk isu eczema

Prof Dr Redza untuk bidang perubatan menggunakan supplements 

Dr Haresh Kumar untuk isu diabetes jantung cancer dan isu kewanitaan


Seronok bila kita dapat faham ilmu dan sampaikan pada orang lain, terutamanya pelanggan kita. Bila berniaga supplement kesihatan ni niat saya ialah untuk membantu semua orang lebih sihat dan mendapat seribu manfaat dari apa yang saya jual. Bila pelanggan dapat manfaat saya  rasa lebih bahagia dan gembira sebab saya dapat bantu orang. 

5. Bersaing secara sihat dan saling membantu

Walaupun bisnes Shaklee ni banyak group dan ahli, tetapi kami dalam satu tujuan yang sama. Kongsi pelbagai info dan ilmu bukan sahaja berkaitan produk, tapi juga ilmu marketing, ilmu editing, copywriting yang berkesan untuk hasilkan jualan. 

Live sharing pun ada dalam group private Facebook dan ada juga kami guna platform ZOOM. 
Medium telegram, whatsapp juga kami aktif berkongsi ilmu berkaitan bisnes. 

Best kan? 


Support group Whatsapp



Fb Live Streaming @ Zoom


6. Komuniti Menghargai Kejayaan

Kita achieve apa apa dalam bisnes Shaklee, mesti ada award dan company dan team raikan. Dapat reward dari leader, dapat award. Bukan tu saja, its about recognition. Yang ni best! Penghargaan dari company untuk kita. Naik stage untuk terima award. 

Siapa tak suka penghargaan kan? Walaupun sekecil kejayaan pasti kita suka bila usaha penat lelah mendapat habuan. Komuniti shaklee sangat pemurah dari company sehingga ke leaders suka memberi penghargaan dan hadiah. 

K



Recognition Consistency Award 2021 di Hotel Lexis, Penang


7.  Komuniti Pengisian Kerohanian

Tujuan berniaga ni tidak lain tidak bukan hanya lah kerana Allah. Sebab kita nak berniaga ikut sunnah Rasulullah. Bukan berniaga semata mata nak duit tapi perniagaan yang menjadikan kita sebagai hamba yang bermanfaat untuk ummah serta menjadikan kita hamba Allah yang disayangi dan diredhaiNya.

Syukur sangat melalui bisnes Shaklee ni ada circle yang mengajak kita untuk kebaikan dan sentiasa mengajak kita mendekatkan diri kepada Allah. 



Solat berjemaah antara perkara WAJIB untuk menyatukan hati hati kami. Sama sama berjaya dunia akhirat.


8. Komuniti Travel bersama Shaklee

Setiap tahun pasti Shaklee adakan percutian percuma ke luar negara. Dan komuniti Shaklee mengambil peluang travel bersama. Masa ini lah hubungan antara sideline, upline dan downline lebih erat. 


 Trip ke Swizterland 2022 tajaan penuh Shaklee

Ada juga Shaklee sediakan peluang best pakej UMRAH VVIP. Menarik sangat. 
Paling best Shaklee sediakan semua kelengkapan umrah, dari segi makanan dan pakaian. Kita tinggal bawa diri sahaja. 
Inspired sangat dengan mentor Ifah sendiri yang dah merasai pengalaman umrah dengan Shaklee. 




9. Sokongan dari syarikat Shaklee Malaysia

Ini yang penting bila nak buat bisnes bersama, ahli ahli dan syarikat bergabung dan bertungkus lumus untuk adakan program. Setakat ni dah bermacam macam program yang dijalankan oleh pihak company Shaklee sendiri.  Contohnya program SYOB (Start Your Own Business), Program Bantuan Mangsa Banjir, Program “You Buy We Give” untuk anak yatim dan sebagainya. 



Program Bantuan Mangsa Banjir


“You Buy We Give” untuk anak2 yatim


Program ni dipanggil “membeli sambil menderma”. 
Dan sebenarnya apa yang Shaklee Malaysia buat ni adalah asbab sokongan dari pelanggan kami. 

Apa yang kalian beli dari kami, inilah yang kami boleh buat. We give back to community.  Terima kasih semua, semoga pahala mengalir berterusan buat kalian semua.

MashaAllah sedar tak sedar panjang pulak entry kalini. Kalau nak kongsikan rasanya banyak lagi tak tersenarai. 
Tapi sampai disini sahaja perkongsian kali ini. InshaAllah saya akan kongsikan lebih banyak info dan cerita menarik untuk para follower blog setulusnawaitu🫰🏻💕

Jom Join Komuniti Bisnes Shaklee Kami

Komuniti Shaklee sangat mengalu alukan dan meraikan anda yang benar benar komited untuk sihat dan berjaya bersama kami.
Kami bukan sahaja menawarkan peluang jana pendapatan, tetapi circle Shaklee juga membantu kita menjadi lebih matang dan mempunyai mindset yang besar untuk hadapi kehidupan akan datang, 

InshaAllah

#ProjekBlogMega
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriump2023





.




Comments

Popular Posts