Salam Perkenalan
Diberi nama Siti Nurul Atifah Muhammad oleh kedua ibu bapa tercinta, ayahanda Muhammad Bin Hamid dan bonda Rohani Ab Rahman.
Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gong Garu selama 6 tahun dan meneruskan alam menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal sehingga Tingkatan 5.
Perjuangan menuntut ilmu diteruskan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) selama 3 tahun.
Pernah bergelar guru tadika sebagai guru praktikum. Selepas tamat belajar, berkahwin dengan pilihan hati dan mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa.
Merupakan isteri kepada suami tercinta, Ustaz Hazri dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang menjadi amanah dari Allah SWT kepada saya dan suami.
Kini, menjadi Business Leader Shaklee dan saya fokus sepenuh masa dengan bisnes dan keluarga.
Ringkasnya, saya adalah seorang anak, isteri, ummi dan leader yang sentiasa ingin belajar memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Salam Ukhwah. ❤️
Comments
Post a Comment