Hari Raya Pastinya Bersama Shaklee
Tahun ni turn saya beraya di rumah mertua. Raya kedua balik rumah Mak. Walaupun satu negeri Pasir Mas (rumah mertua) dan Pasir Puteh (rumah mak) tapi perjalanan memakan masa agak lama yaa, dari sejam boleh bawak ke 3-4 jam disebabkan jem. Biasa lah musim musim raya ni kereta banyak atas jalan, ramai yang balik kampung.
Untuk raya tahun ni, saya dan keluarga macam biasa sederhana sahaja. Sebab dalam hati fikir nak bersalin hahah. Tengah tunggu due bersalin.
Paling seronok anak anak lah kan. Happy dapat jumpa sepupu sedara sedara sebaya. Riuh satu rumah.
Memang tak nafikan Hari Raya kita akan dijamu dengan pelbagai juadah istimewa, menarik, enak dan lazat dan ruginyaaa jika tak makan. 🤣
Namun, rasa bersalah juga kan nak makan semua juadah sebab takut berat naik, setelah turun ketika berpuasa. InshaAllah saya akan kongsikan tips makan sihat di hari raya. Dengan Shaklee kita tak perlu risau berat naik sebab rahsia boleh kekal kurus dan sihat walaupun makan pelbagai juadah di hari Raya.
TIPS MAKAN SIHAT DAN KEKAL KURUS DI HARI RAYA
1- Air Kosong Wajib Minum
Walaupun kita dihidang dengan bermacam macam jenis air, ada air oren, sirap, cocktails namun air kosong jangan dilupa ya. Ini lah tips paling mudah dan berkesan untuk kekal sihat dan mantain kurus walaupun kita makan macam macam di hari Raya.
Bawa lah air kosong kemana sahaja. Berhari raya bukan lah bonus untuk kita minum air manis sesuka hati. Air kosong ni takde kalori dan bagus untuk sistem badan. Dengan cuaca sekarang yang panas membahang, pastikan badan sentiasa hidrat. Bila minum air kosong ni secara tak langsung kita dapat kurangkan pengambilan air manis yang berlebihan.
2- Kawal Portion Makanan
Biarpun enak dan menyelerakan, makan berlebihan mengundang bencana kepada kesihatan. Lebih lebih lagi dengan keadaan sistem badan kita yang masih sebati dengan gaya pemakanan ketika berpuasa. Pengambilan makanan secara berlebihan dikhuatiri akan menyebabkan perut kita ‘terkejut’ dan menimbulkan rasa ketidakselesaan ketika menyambut Raya.
Bagi mengelakkan dari terlebih makan, kena selalu pesan pada diri agar berhenti sebelum kenyang. Cukuplah sekadar merasai juadah yang disediakan daripada menyeksakan perut walaupun dikelilingi dengan pelbagai jenis juadah yang mungkin ditemui setahun sekali.
3- Amalkan Sunnah Berpuasa Enam
Boleh juga buat puasa enam pada bulan Syawal atau hari Raya. Ini salah satu cara terbaik untuk makan secara sihat dan mengawal berat badan. Selain dapat pahala lebih, puasa juga bantu kita untuk banyak bersabar dan mengawal nafsu makan.
Boleh minum Protein Shake masa sahur untuk memberi rasa kenyang lama dan badan bertenaga semasa puasa enam.
Comments
Post a Comment