5 Cara Mudah Amalkan Gaya Hidup Sihat

 Assalamualaikum dan hai semua. 
Didoakan kalian semua sentiasa dalam jagaan dan rahmat Allah SWT. 

Sebagai ibu yang menguruskan 3 orang anak dan rumah tangga disamping ada tanggungjawab sebagai leader bisnes, penting untuk kita menjaga dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya kita sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Bila sihat, anak anak dan orang sekeliling pun turut bahagia. 




Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi 5 Cara Mudah Amalkan Gaya Hidup Sihat

1- Brisk Walking

Apa itu brisk walking

Merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat. Aktiviti ini sangat rendah risiko kecederaan, mudah dilakukan, dan tidak memerlukan kos.


2- Jaga Pola Pemakanan yang seimbang dan air yang cukup

Tubuh kita memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Tanpa pemakanan yang baik, tubuh kita akan lebih mudah mendapat penyakit, jangkitan, keletihan dan kekurangan tenaga.  untuk kita mengambil makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran, dan protein. 



Selain itu, kita juga perlu memastikan air yang mencukupi untuk keperluan tubuh setiap hari. Sekiranya kandungan air dalam badan tak cukup ia boleh menjejaskan tahap kecerdasan fizikal kita. 



3- Elakkan Stres

Stres yang berlebihan untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko penyakit. Sebenarnya ada berbagai cara untuk kita mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri, ataupun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan rakan. 


Carilah cara untuk mengurangkan stres, seperti melalui hobi yang menyeronokkan, beramal dengan aktiviti keagamaan, bersantai atau mendengar muzik yang menenangkan. Shaklee juga ada menawarkan supplement seperti B Complex yang membantu meningkatkan hormon serotonik iaitu hormon gembira pada otak, 

4- Tidur yang cukup

Kurang tidur memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan dan kecergasan kita. Penting untuk dapat hidup yang sihat dengan menjaga tidur yang cukup. Sekarang ni ramai yang kerap tidur lewat. Ini boleh mengganggu aktiviti harian dan kesihatan kita. Sebaiknya cuba tidur awal sebelum 11-12 malam. 


Bila kita cukup tidur, kita akan bangun dengan rasa lebih segar, lebih peka, dan lebih gembira. Selain dari mengembalikan tenaga, jantung kita akan lebih sihat. 

5- Pengambilan Supplement secara Berkala

Vitamin dan supplement tambahan yang kita ambil bertujuan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan kita  dan memastikan organ dalam tubuh badan dapat nutrien yang diperlukam untuk kekal sihat. Ramai yang masih ragu-ragu dengan kepentingan supplement. Ada yang fikir mereka dah makan sayur sayuran, buah buahan, minum susu dan sebagainya dah cukup lengkap nutrisi harian. Tapi sebenarnya banyak lagi yang kita perlu tahu tentang kemana hilangnya nutrisi makanan sebelum masuk ke dalam perut.



Pilihan terbaik rakyat Malaysia semestinya Shaklee sebab supplement Shaklee terkenal denga kualiti produk, selamat, berkesan dan semulajadi. 

Anda boleh memilih produk yang sesuai dengan keperluan anda, seperti Vitalize untuk memastikan kecukupan vitamin dan mineral, Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi badan atau Vivix @ ResV untuk antioksidan yang tinggi. 

Jangan lupa dapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan sebelum memulakan pengambilan supplement. 

Itu lah serba sedikit cara mudah untuk amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh kita semua. 
Ingatlah kesihatan adalah anugerah yang paling berharga. Jadi ambil langkah kecil setiap hari untuk hidup dengan lebih sihat dan bertenaga! 

 Semoga kita semua berusaha sebaiknya untuk menjaga amanah dan pinjaman dari Allah ni, dan dipulangkan semula dalam keadaan yang paling Allah redha. 

Sehingga bertemu lagi di lain waktu. Jika anda nak info lanjut berkaitan produk Shaklee, boleh terus hubungi saya di Link ini. Assalamualaikum 

#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleeterengganu 
#shakleebukitpayong
#nextlevelblogging

Comments

Popular Posts