Tahun ni genaplah 6 tahun saya menjadi pengguna suplemen shaklee. Sejak tahun 2018 saya mengamalkan produk dan vitamin Shaklee, sudah pasti ada pelbagai testimoni yang best-best telah saya rasai. Oleh kerana banyak sangat testimoni sendiri, makanya hari ni saya memilih untuk berkongsi salah satu testimoni paling best dan masih segar di ingatan momen momen itu.
Antara sebab saya join Shaklee ni sebab pada permulaan nya saya mencari cari vitamin kesuburan, posting sahabat saya juga sering lalu lalang di FB, sebelum ni pernah google jugak Set Kesuburan Shaklee. Saya PM sahabat saya dan dia consult vitamin kesuburan. Dari situ terus masuk ahli Shaklee sebab nak dapat vitamin dengan harga murah.
Period Tak Teratur selepas Kahwin
Lepas berkahwin period saya tak teratur, susah betul nak trace waktu subur. Cycle dalam 37-40 hari dalam sebulan. Saya ada tanya doktor, beliau kata memang hormon kita perempuan akan berubah sedikit bila dah kawin. Ada yang teratur je takde masalah. Lepas kawin terus lekat anak. Tubuh kita kan lain lain.
Tiap tiap bulan menunggu period, lewat dalam 5 haru excited nak check UPT last last negatif. Haid ni sangat penting untuk wanita. Kedatangan haid setiap bulan atau kitaran adalah bend penting bagi wanita.
Bila haid tak teratur ni akan mempengaruhi hormon, kesuburan dan menyukarkan untuk tahu waktu subur.
Permulaan Mencuba Set Kesuburan Shaklee
Kawan saya suggest Set Kesuburan Shaklee. First vitamin yang saya cuba adalah Vitamin B Complex Shaklee. Shaklee punya Vitamin B lengkap sekali dengan acid folic. Doktor ada nasihatkan saya makan acid folic, lagi bagus makan 3 bulan sebelum berkahwin atau merancang anak.
Vitamin B Complex dapat bantu peredaran darah dan hormon serta melancarkan kesihatan. Dalam Vitamin B Complex Shaklee ni ada vitamin B6 yang bantu tingkatkan hormon serotonin pada otak (gembira pada otak). Sebab stress juga dapat mempengaruhi kesuburan.
Suami saya pun consume jugak Vitamin B Complex, untuk lelaki juga sangat sesuai sebab salah satu kekurangan vitamin B seperti vitamin B12 dapat menghasilkan sperma yang rendah dan lemah pergerakannya.
Saya juga ada consume ESP. Penting juga untuk ikhtiar hamil sebab ESP ni soya organik dan asli yang baik dan boleh bantu seimbangkan dan hasilkan hormon estrogen kita dengan baik. Saya pilih ESP walaupun saya bukanlah penggemar soya sejak kecil. Saya kaji dan banyak tanya upline pasal ESP ni dan supplement lain dalam Set Ikhtiar Hamil. Masa nak beli tu saya ingat nak beli satu set, tapi fikir2 balik, nak beli paling basic yang sesuai dulu untuk boost energy dan TTC (trying to conceive)
Sebab saya percaya bila kita nak mengandung, badan kita perlu ada energy, tak boleh stress, perlu dibaja dengan nutrisi.
Baru lah pelan pelan tahap kesuburan kita meningkat. Cuba bayangkan, kalau badan kita penat, pastu kita tahu kita pun ada masalah susah lekat, kebarangkalian nak lekat tu agak rendah. So, selain cuba untuk stress free, cuba baja diri dengan nutrisi sebaiknya.
Bulan seterusnya kami cuba lagi ikhtiar. Kali ni add on dengan Alfalfa Complex dan GLA Complex.
Saya tambah Alfalfa dan GLA complex sebab saya ada masalah keputihan yang agak teruk. Sebelum saya consume Shaklee lagi ada masalah keputihan. Nak ibadah pun tak selesa.
Bila consume 2 item ni, alhamdulillah keputihan saya selesai. Rasa kering dan selesa. Period pun makin teratur.
Hari-hari makan, first month lepas makan dua beradik ni period tak datang dalam 2 bulan, check negatif lagi..add on acid folic memang tak pernah miss dari awal.
Ok takpe sabar.
Next cycle kami consume lagi sambil doa tak putus2 siang malam, hujung bulan 3 period, period last tu smooth je tak sakit senggugut pun. Dah dapat rasa effect Shaklee yang best.
Tunggu punya tunggu, period cycle ni tak datang lagi. Lepastu biarkan je sebab tak nak terlalu berharap. Ada rezeki ada la. Kalau takde kita ikhtiar lagi.
Hari Paling Bermakna selama bergelar ISTERI
Entah kenapa rasa tak sedap tubuh malam tu dan dah niat awal2 nak bangun pagi2 check esok pagi.
Pukul 3 pagi bangun ingat nak solat sebab tersedar lepastu takboleh tidur.
Memang seminggu sebelum tu rasa lain tak tahu la nak kata macam mana. Diam-diam singgah beli UPT kat farmasi tanpa bagitahu suami.
Tak tahu kenapa tergerak hati nak beli masuk farmasi beli UPT mahal sikit dari sebelum ni. Rasa konfiden time beli UPT tester. 😂
Tengok jam pukul 3 pagi, mata tak mengantuk langsung tapi lenguh tubuh. Sakit pinggang pun ada memang tak selesa sangat2. Senyap2 bukak handbag ambik UPT pergi check.
Kalini saya tak tengok terus UPT, pejam mata dan letak bawah laci meja. Hahaha
Lepastu ambik wuduk solat la kejap dua rakaat. Sakit tubuh pun gagah jugak solat sebab takboleh nk lelap langsung..
Usai solat pergi tengok balik UPT. Naik dua. Terang! Ya Allah ketar tangan pegang benda tu🤣.
Pendekkan cerita, pergi la klinik dalam tengah hari tu, nurse check lepastu lama jugak tunggu result mungkin duk kira kira minggu.
Confirmkan pregnancy di Klinik Desa Pulau Kerengga, Maran
"TAHNIAH DAH 5 MINGGU AWAK MENGANDUNG"
"Nanti saya bagi tarikh atau call untuk buat buku pink, awal lagi ni"
Senyap tak terkata waktu ni. Masih tak percaya.
Alhamdulillah betapa kami bersyukur banyak2 atas rezeki ini.
Tak tahu nak describe macam mana perasaan tu.
Maaf kalau entry ini menyinggung perasaan kawan2 yg masih ikhtiar hamil.
Kadang-kadang saya sedikit terguris jugak buat yang bertanya kepada mereka yang belum punya anak.😢
Ya lah kita dah pernah merasa.
Ada yang Allah uji bertahun tahun tahun menanti kehadiran zuriat. Berpuluh2 upt test.
Sungguh mereka ni tabah dan sabar.
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar. Moga Allah kurniakan rezeki zuriat buat yang ternanti nanti kehadiran cahaya mata.
Ketahuilah..
Bahawa rezeki untuk menimang cahaya mata itu adalah RAHSIA ALLAH S.W.T
Set Kesuburan Shaklee hanyalah sebagai salah satu ikhtiar sahaja. Di mana ia adalah ikhtiar yang tidak memudaratkan, malah MENJADIKAN ANDA & SUAMI SEMAKIN SIHAT.
Apabila kita sihat, hormon dalam badan kita akan stabil. Bila hormon stabil, haid pun teratur, maka mudahlah untuk kita merancang dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..
Tips untuk Hamil
Selain ikhtiar makan vitamin Shaklee, ada beberapa tips yang saya buat untuk ikhtiar hamil anak pertama dulu.
Antaranya:
- Jaga pemakanan, kurangkan manis
- Ketahui waktu subur
- Elakkan kaffein
- Detox
- Elakkan stress/tekanan
- Dapatkan nasihat doktor pakar
Testimoni Set Ikhtiar Hamil dengan Shaklee
Testimoni dari pengguna Shaklee yang merupakan saudara saya.
Paling best bila boleh kongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain, bukan saja dari segi produk malah dari segi bisnes.
Awak yang nak ikhtiar pregnant tu, meh cuba Set Ikhtiar Hamil Shaklee ni.
Semoga Allah izin inshaAllah..
Dan tolong share ya entry saya kali ni, supaya ramai pejuang double line dapat merasa kehadiran si kecil dalam rahim asbab ikhtiar dengan Shaklee.
And doakan semoga Upline saya, Master Norita Idris dimurahkan rezeki melimpah ruah. Kerana beliau antara inspirasi saya yang sudah amalkan Shaklee lebih 20 tahun. Bayangkan makan suplemen Shaklee tanpa henti selama 20 tahun.
Kenangan bersama Master Norita semasa kelas nutrisi di Kuala Terengganu
Itu lah serba ringkas pengalaman dan testimoni dari customer dan self consumer saya. Alhamdulillah setakat amal shakkee ni kesihatan lebih baik syukur alhamdulillah. Dengan harapan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan ada rezeki bertuah dapat hadiah istimewa dari tajaan Master Norita
www.anakkuwira.com
Whatsapp ;
Ifah
Baca lagi lebih perkongsian mengenai Testimoni Shaklee sahabat blogger saya.
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#testimonishaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#nextlevelblogging
#shakleeterengganu
#shakleebukitpayong
Comments
Post a Comment