Kata Kata Motivasi : Keberkatan Hidup
Assalamualaikum semua..
❤️❤️❤️
Cerita ni benar benar mengetuk pintu hati saya. Tersentap pun ada.
Ada seorang Ustaz yang femes jugak la di Malaysia ni, suatu hari Ustaz naik motor sampai ke satu tempat di Negeri Sembilan, beliau konvoi motor bersama sahabat sahabat beliau.
Mereka lalu satu jalan yang agak sunyi. Kiri kanan penuh hutan. Jalan tu jalan utama juga tapi sesekali saja kenderaan lalu. Dari jauh, Ustaz nampak ada satu gerai jual air tebu. Beliau perlahankan motor dan singgah hilangkan dahaga. Sahabat sahabat juga turut singgah.
Masa tunggu air siap dibungkus, beliau perasan ada seorang makcik tua jual pisang.
Ustaz pun tanya, “makcik berapa pendapatan makcik jual pisang ni?”
Mulanya setakat nak berbasa basi. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba, nak sangat tahu hasil jualan mak cik tu. Membuak-buak dalam hati.
Ya lah, berniaga pisang gerai kecik. Tepi jalan tengah hutan pulak tu. Berapalah sangat hasil jualan yang mak cik tu boleh dapat.
Mak cik tu jawab,
“Alhamdulillah, tak banyak. Boleh la…”
Biasalah kan. Orang melayu yang berniaga ni memang tak suka nak cerita jumlah jualan mereka. Tambah pulak pada orang yang tak kenal. Tak pasal-pasal kena rompak ke apa.
Tapi sebab Ustaz tu tanya banyak kali, dia pun cakap juga.
“Alhamdulillah… kadang-kadang dapat 3000 sebulan. Kadang-kadang dapat 7,000 sebulan. Boleh la mak cik pergi umrah tiap-tiap tahun.”
Terperanjat bila dengar jawapan mak cik tu. Berniaga tengah hutan, tepi jalan macam tu. Kalau kat tengah KL ni boleh la percaya juga.
Ustaz pun tanya lagi,
“Mak cik, apa amalan mak cik sampai boleh dapat duit banyak macam tu?”
Apa mak cik tu jawab,
“Ekau ni bodoh!”
Aduh, belum pernah lagi orang cakap bodoh macam tu pada saya. Suka hati dia saja cakap macam tu. Tapi saya senyum sajalah pada mak cik tu. Orang tua-tua kan..
Dengan penuh yakin mak cik tu cakap,
“Ekau ni bodoh! Ekau selawat ja lah pada Rasulullah SAW. Kalau ekau selawat sekali, Allah akan selawat 10 kali. Kalau Allah dah selawat 10 kali pada ekau, mustahil pada hari tu ekau akan jadi orang kecewa. Mustahil Allah akan jadikan kau gagal. Mustahil ekau akan sedih pada hari tu.”
Allahuakbar. Macam kena lempang-lempang saja Ustaz rasa waktu tu. Bertubi-tubi kata-kata mak cik tu masuk ke dalam hati. Macam bagi tazkirah pun ada. Syarah satu hadis nabi,
“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim)
Hairan dengan mak cik ni. Selama ni Ustaz sendiri tak pernah dapat pelajaran macam tu. Keyakinan mak cik tu pada hadis nabi yang ni sangat kuat. Masha Allah.
.
.
Apa pelajaran yang kita dapat dari kisah ini?
Kita belajar ilmu YAKIN.
Ustaz kata hari ni ramai orang tinggi ilmu agamanya. Tapi ada satu perkara yang kurang.
Apa dia?
YAKIN KEPADA ALLAH SWT.
Kita kurang yakin pada Allah.
Kita kurang yakin pada kekuasaan Allah.
Pada kebesaran Allah.
Pada kasih sayang Allah.
Sebab tu kita payah nak ikut perintah Allah.
Kita hidup sesuka hati tak ikut panduan yang Allah bagi serta cara hidup yang nabi ajarkan.
Siapa Allah?
Allah Tuhan yang Memiliki alam. Bila dah namanya Milik Dia, segala yang berlaku adalah di bawah kuasa dan aturan Allah.
.
.
Bila Allah dah selawat pada kita, maknanya dia membuka pintu kebaikan yang sangat banyak pada kita. Mustahil kita hidup susah. Mustahil kita akan kecewa. Mustahil kita akan sedih dan duka cita. Mustahil…
Siapa pula Rasulullah?
Baginda adalah manusia pilihan yang Allah utus untuk jadi teladan dan ikutan bagi umat manusia. Apa nabi cakap kena ikut. Apa nabi larang kena tinggal. Sebab apa yang nabi amal dan sebut, semuanya dari Allah SWT.
Allahuakbar!
Selawat pada Nabi. Berkat hidup dunia akhirat.
Jom pujuk hati. Banyakkan selawat pada nabi.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
*Rujukan dan Penceritaan Semula dari FB Ustaz Hanafi
Baca lagi Kata kata motivasi disini
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#tazkirah
#motivasi
Comments
Post a Comment