TIPS BISNES ONLINE UNTUK BEGINNER

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di entry terbaru. Kali ni saya nak berkongsi dengan sahabat semua tentang tips mudah buat bisnes online. 

Perasan kan sejak akhir akhir ini, dah ramai orang mula menceburi bidang bisnes. Ada yang terlibat secara sepenuh masa, ada yang buat secara part-time. Hari ini, bisnes seakan satu keperluan untuk menjana pendapatan tambahan disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi yang berbisnes secara sambilan, bisnes online merupakan pilihan cabang berniaga yang fleksibel untuk disesuaikan dengan jadual harian. 

Saya nak kongsikan dengan sahabat semua 5 TIPS BISNES ONLINE UNTUK BEGINNER  supaya kita bermula dengan lebih bersedia dan dapat elakkan diri dari mengambil risiko besar untuk memulakan bisnes online



1- ZERO MODAL / MODAL RENDAH

Tips ni paling penting sebelum anda mulakan bisnes online. Ia bertujuan untuk memastikan anda tidak bermula dengan pelaburan yang tinggi. Ingatlah untuk memulakan perniagaan online, pastikan mula dengan kos rendah atau tanpa modal. 

Banyak bisnes online yang mula dengan modal yang rendah atau tanpa modal ni. Antaranya seperti dropship, affiliate di TikTok, jual barang prelove yang masih elok, bisnes MLM seperti Shaklee yang hanya bermodalkan RM35 atau percuma sahaja dan bermacam macam jenis bisnes lagi masa sekarang. 

2- ADA MENTOR

Penting berbisnes online dengan adanya mentor supaya dapat menjadi role model contoh pada kita. Baru lah tindakan kita tidak terpesong, mentor bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan panduan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Mentor hendaklah seorang yang aktif, sentiasa rajin dan positif, bersemangat dan yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Baru lah kita sebagai mentee akan sentiasa mempunyai  semangat berkobar-kobar untuk terus melakukan apa yang dihajati dan tidak mengalah walaupun pelbagai ujian bisnes datang. 


3- PILIH SYARIKAT YANG KUKUH DAN BOLEH DIPERCAYAI.

Untuk memulakan bisnes online, pilih lah syarikat atau company yang anda yakin dengan kewujudan, bertahan kukuh dan sentiasa memberi komisyen kepada ahli dan ejennya. 
Bila kita nak bekerja atau berniaga dengan sesuatu company. Kita pilih yg kuat, stabil, kukuh supaya punca pendapatan kita tak hilang. Bayangkan kita buat bisnes dengan company tu tiba-tiba company tu tutup.

4- TAK  PERLU PEGANG STOK

Untuk memastikan anda tidak mengeluarkan modal yang banyak dan tidak rugi, pastikan bisnes yang kita jalankan itu tidak memaksa untuk simpan stok di tangan. Anda hanyalah fokus cari sales, dan paling penting cari kepercayaan orang ramai untuk memudahkan urusan jualan. Bila kita mendapat kepercayaan orang ramai, tanpa perlu bersusah payah, mereka sendiri akan mencari kita. 

5- KONSISTEN 

“Consistent action creates consistent results”

Untuk berjaya dalam bisnes online, hendaklah konsisten untuk membuat iklan setiap hati. Bila kita konsisten buat iklan baru lah bakal pelanggan atau prospek sedar kewujudan kita. Sekaligus mereka juga akan nampak iklan kita dengan lebih kerap. 

Semakin kerap prospek melihat iklan yang anda buat, semakin tinggi lah potensi untuk dapat sales@jualan. Ingat, jangan disebabkan jualan lambat masuk, anda berputus asa dan berhenti dari berniaga. 

Buat apa saja dalam hidup anda secara konsisten. Terutama bila anda melibatkan diri dalam bisnes online. Bisnes bukan macam anda makan gaji. Sentiasa ada gaji tetap setiap bulan. Bisnes bergantung kepada diri sama ada nak teruskan atau nak berhenti. Kalau buat, adalah hasilnya. Kalau tak buat, tak dapatlah hasilnya. 

Dengan sikap konsisten anda boleh pergi jauh walaupun hanya berbisnes dalam talian. Mana tahu bisnes anda mampu menolong ramai orang lagi di luar sana? Bukankah hidup anda akan lebih bermakna?

Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. 

Salam sayang 
~setulus nawaitu

#nextlevelblogging


Comments

Popular Posts