TIPS TRAVEL DENGAN MUDAH, SELAMAT DAN MENJIMATKAN!

 Assalamualaikum semua. Salam 7 Muharam. Didoakan sahabat semua sihat sihat selalu. 

Untuk entry kali ini, suka saya ingin kongsikan kepada pembaca blog setulusnawaitu.blogspot.com beberapa tips travel dengan mudah, selamat dan menjimatkan. Tips yang saya kongsikan ni berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sendiri.




1- Elakkan menginap di kawasan terpencil jauh dari bandar

Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih menjimatkan kos, tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membayar pengangkutan. 
Sebaiknya, tempah hotel di kawasang pusat bandar yang dikelilingi banyak kemudahan lain selain berdekatan dengan tempat tempat menarik. 

2- Sentiasa membaca “review” dari pelanggan lain

Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana tempat seperti hotel dan restoren, pastikan anda membaca dahulu ulasan @ review dari pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda dari mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan. 

3- Jangan bawa terlalu banyak barang

Semasa mengemas bagasi, kita selalu rasa tak cukup barang. Jadi, kita menyumbat segala barangan ke dalam  beg menjadi kembung dan berat. Pastikan anda hanya bawa barangan yang boleh digunakan untuk  pelbagai fungsi. 

Contohnya seperti bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi boleh juga dijadikan selimut, kain lapik semasa berkelah atau menggantikan baju sejuk anda.

4- Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan

Semasa travel ke luar negara, anda haruslah menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi kedai makan yang menyajikan makanan enak. 

5- Pastikan anda membawa makanan ringan 

Nampak leceh tapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa seperti biskut, buah, makanan segera dan paket minuman segera.

6- Membeli cenderamata sebagai kenangan 

Ada orang selalu beli cenderamata yang tidak cantik dan menyesal kemudian hari kerana tidak membeli apa apa cenceramata sebelum pulang ke negara asal. 

Cuba lah mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah. Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan tempatan sekali gus menjadikan perkara wajib yang perlu dibawa pulang. 

7- Membawa Ubat-ubatan dan suplemen. 

Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat sakit kepala, ubat demam, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk ke klinik. 

Ada juga yang turut membawa suplemen. Ini bagi pengamal vitamin boleh bawa mana-mana yang sesuai. Letakkan dalam pillbox untuk memudahkan anda bercuti, tak perlu bawak botol botol suplemen. Contoh vitamin yang sesuai untuk dibawa ketika bercuti adalah Vitamin C untuk imun badan, pill kalsium untuk sakit badan, tidur lena dan kuatkan tulang, Multivitamin untuk cukupkan nutrisi semasa travel. 

Pengambilan vitamin sangat membantu untuk kekal sihat semasa bercuti. Jadi kita boleh enjoy waktu bercuti dengan sebaiknya. 
Hopefully tips ni boleh bantu anda yang plan nak travel nanti. Boleh lawati juga Tips Travel

Nak dapatkan vitamin yang saya kongsikan di atas boleh klik link di WHATSAPP VITAMIN TRAVEL

Saya juga aktif di media sosial lain jemput follow dan kita kenal dengan lebih rapat lagi. Ada sebarang pertanyaan jemput contact saya ya.
#nextlevelblogging
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleeterengganu

Comments

Popular Posts