DOA RINGKAS UNTUK AMALAN WANITA

 



Special entry kali ini saya nak kongsikan doa doa untuk wanita.

Doa sangat penting untuk memohon pertolongan dan keberkatan dari Allah SWT. Lebih lebih lagi wanita yang banyak memainkan peranan penting dalam keluarga sangat memerlukan doa untuk dimakbulkan  oleh Allah.

1- Doa/Zikir Fatimah

Lumrah yang sering dilalui oleh semua wanita. Bukan sahaja sibuk dengan kerja di pejabat, malah bila pulang ke rumah sibuk pula urus rumah seperti memasak, urus pakaian, dan kemas rumah. Kadang kadang terkeluar segala keluhan kerana badan sudah penat kan? 

Boleh cuba amalkan Zikir Fatimah yang dikaitkan kisah Rasulullah SAW dan puteri nya Saidatina Fatimah yang dapat mengurangkan keletihan badan. 


2- Doa Akhlak yang baik

Akhlak yang baik merupakan cerminan dan etika seorang wanita. Perbaiki akhlak adalah satu perkara yang agak mencabar kerana kita akan diuji dengan pelbagai keadaan yang mungkin boleh mencabar sikap dan adab kita. 

Jadi sama sama kita minta Allah tolong kita dalam akhlak yang baik untuk dijadikan tabiat. 


3- Doa pemanis wajah untuk wanita

Idaman setiap wanita yang memang sukakan kecantikan dan ingin kelihatan cantik. Selain rawatan muka dan menggunakan alat solek, kita boleh juga mengamalkan doa pemanis wajah untuk kecantikan. 

Satu kisah tentang keindahan rupa paras yang dimiliki oleh Nabi Yusuf (A.S) di mana ketika dirinya melalui kimpulan wanita yang sedang memotong buah buahan, terhiris jari meeeja dengan pisau kerana terpukau melihat ketampanan Nabi Yusuf (A.S) seolah olah melihat berlian yang bersinar terang. 

Doa ini sesuai dibacakan 3 kali dan sapukan ke seluruh wajah, boleh diamalkan setiap kali sebelum keluar atau sebelum bertemu orang. Juga bagus diamalkan selepas solat fardu.


Dalam kita berdoa, mintalah yang terbaik untuk diri kita kerana doa itu adalah nikmat yang Allah turunkan buat hambaNya. Gunakan lah kehebatan doa kerana doa adalah sebaik baik senjata bagi umat Islam untuk perlindungan diri dan meminta kepada Allah. Melalui doa juga lah kita mampu merubah takdir. Semuanya dengan izin Allah SWT. 

Apapun amalan kita, pastikan dilakukan dengan konsisten. 

Sekian sahaja coretan kali ini. Terima kasih buat semua yang sudi membaca. 

Comments

Popular Posts