7 CHECKLIST KEPERLUAN IBU HAMIL

 


Bila sebut tentang hamil/mengandung teringat 6 tahun lepas saat pertama kalinya saya mengetahui yang saya mengandung setelah hampir setahun menunggu kehadiran zuriat.. Allah gembira bukan kepalang.

Kegembiraan ini termasuklah untuk suami, keluarga dan kenalan. Walau bagaimanapun, seseorang wanita mungkin mempunyai pengalaman dan masalah yang berbeza dengan wanita lain semasa hamil. 

Jadi pelbagai persoalan yang mungkin bermain difikiran anda saat ini terutama untuk wanita yang kali pertama hamil. Persoalan yang timbul mungkin mengenai cara atasi alahan, apa perlu buat sebaik sahaja tahu bahawa diri anda hamil dan sebagainya lagi. 

Perkara yang setiap ibu mengandung perlu tahu tahu bila kita dah hamil akan berlaku beberapa perubahan pada diri sendiri antaranya warna pada sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap, timbul garisan tegak berwarna gelap pada perut yang dikenali sebagai linea nigra dan kulit kelihatan lebih gelap, jerawat dan rambut kelihatan lebat. 


Perubahan ini tidak berbahaya dan akan hilang selepas bersalin kelak cuma ibu ibu boleh buat persediaan penjagaan lebih awal untuk mengelakkan ketidakselesaan.

Special entry kali ini saya kongsikan 7 Checklist Keperluan Penting untuk ibu hamil atau bakal bakal ibu. 

1- PAKAIAN 

Ibu yang baru hamil semestinya akan mengalami perubahan pada bentuk badan. Sebab tu lah disarankan memilih pakaian yang sesuai dan selesa dengan setiap perubahan yang dialami. 

Elakkan pakaian terlalu ketat kerana ia boleh menunjukkan aurat perut ibu. Nak selesa pakai jubah sahaja. Atau boleh pakai pakaian jenis blouse labuh dengan seluar palazo. Banyak kedai kedai yang menjual pakaian sesuai untuk para ibu hamil. 

2- EMOSI

 Ibu yang sedang hamil kena tahu emosi sentiasa berubah. Kadang sedih kadang gembira. Kadang cepat sentap pun ada. Mudah sensitif dengan perkara yang remeh. Keadaan ini disebabkan perubahan tahap hormon yang sedang memuncak apabila jumlah estrogen dan progesterone meningkat. Perubahan hormon yang berlaku ini biasanya disertai bersama dengan penurunan kemampuan otak dalam mengawal emosi. Ini sebenarnya normal bagi ibu yang sedang hamil. Jadi ibu yang sedang mengandung tak perlu risau. Cuma hanya perlu persediaan untuk menghadapi emosi yang pelbagai rasa.

3- URUTAN PRENATAL

Mengikut pengalaman saya, mengurut sangat perlu ketika hamil. Ada bidan kampung bagitahu seeloknya bila kandungan 5 bulan ke atas. Bahagian perut bidan tak sentuh, hanya bahagian selain perut sahaja bidan akan urut. 

Urutan ni penting untuk membantu melegakan sakit sakit belakang dan juga bantu melancarkan peredaran darah dan menghilangkan keradangan yang mengakibatkan kebengkakan.

4- KEBERSIHAN DIRI

Ibu ibu yang hamil perlu jaga kebersihan diri bagi mengelakkan jangkita terhadap ibu dan bayi dalam kandungan, khususnya kebersihan di bahagian sulit. Cadangan saya, pakai pantyliner dan tukar setiap 4 jam sekali untuk mengekalkan kebersihan terjaga. Selain itu, elakkan penggunaan pencuci wanita kerana risau tidak sesuai dengan bahagian alat sulit ibu ibu rentetan perubahan hormon badan. Apapun ia berbeza mengikut badan masing masing, ibu ibu boleh cuba dan adjust.

5- SENAMAN


Ramai yang beranggap ibu yang hamil tidak boleh buat senaman. Sebenarnya ada senaman yang sesuai dan baik untuk ibu yang hamil.
Senaman yang sesuai adalah senaman ringan. 
Ia akan menguatkan otot dan ligamen ibu hamil sebagai persediaan untuk bersalin. 
Contoh senaman seperti berenang, berjalan kaki  dan yoga pra natal boleh di praktikkan sepanjang mengandung.

6- REHAT YANG CUKUP 

Ibu yang hamil perlu mendapat rehat yang cukup sebaik mungkin. Ini adalah untuk mengekalkan tahap kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan. Apabila kurang rehat mungkin oleh menyebabkan ibu mudah pitam, pening pening, kurang darah dan HB turun.

7- SUPPLEMENT TAMBAHAN

Ibu ibu kena tahu dan alert berkenaan ubat ubatan sebab tak semua ubat ibu mengandung boleh ambil. Ibu perlu mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat. Adalah sangat bagus sekiranya ibu ambil vitamin tambahan iaitu Folic Acid, Zat Besi, Vitamin C, B Complex, Kalsium dan Omega. 







Vitamin vitamin ini sangat bagus untuk melengkapkan keperluan ibu dan bayi dalam kandungan sebab bila seseorang wanita mengandung, kita berkongsi nutrisi dengan bayi.

Pastikan anda dan bayi dalam keadaan baik. Makan makanan yang kaya dengan nutrisi supaya anda bertenaga sebelum bersalin.
Jangan berfikir negatif atau takut tentang proses bersalin nanti. Mungkin anda boleh berzikir atau medengar alunan ayat al Quran atau muzik yang menenangkan.. Percayalah pada naluri seorang ibu setiap kehamilan dan persalinan adalah unik, jadi lakukan yang terbaik untuk anda dan bayi.

#nextlevelblogging

#shakleeterengganu

#shakleemalaysia

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023





Comments

Popular Posts