Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0
Awal bulan Februari haritu, Master upline saya iaitu Master Norita dan juga moderator Master Salwa Zeyn ada buat satu program khas untuk bantu ahli team Shaklee growkan bisnes dan tingkatkan sales melalui penulisan blog. Pada awalnya saya teragak agak nak join Projek ni sebab takde pengalaman langsung menulis blog. Blog saya pun tak wujud lagi tapi saya daftarkan diri jugak untuk join Projek Blog ni sebab niat utama nak belajar.
Master Norita dan Master Salwa bertungkus lumus beri penerangan, buat program dan menjawab segala persoalan. Dikatakan 60% peserta yang daftar tidak ada akaun blog lagi. Dari kelas briefing kita dapat belajar create blog, cantikkan blog, cara menulis dan sebagainya.
Bertambah semangat lagi nak belajar dan buat blog sebab Master Norita juga menyumbangkan hadiah yang agak lumayan kepada peserta yang join. Usaha ini untuk membantu menaikkan semangat para peserta dan memberi manfaat melalui penulisan blog.
PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0
Istimewanya Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni pihak penganjur iaitu Master Norita menyumbangkan hadiah kepada semua peserta. Tak kira walaupun peserta kalah atau menang. Pemenang dipilih berdasarkan kategori dan syarat yang ditetapkan.
Antara HADIAH UTAMA semestinya Produk Premium Top 1 iaitu Vivix Shaklee. Hadiah kedua pula adalah Collagen Plus Powder Shaklee dan seterusnya hadiah ketiga adalah Nutriferon Shaklee.
Syukur dapat selesaikan tugasan blog dalam masa yang ditetapkan. Kami diberi tugasan untuk menulis 2 entry bertajuk Intermittent Fasting dan cara kurus dengan Set Hello New You.
Banyak yang saya belajar dari Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni. Dapat pulak sparring partner yang sangat membantu dan supportive. Bila kita menulis secara berjemaah ni vibes dia lain macam. Positif dan saling support. Juga pengalaman berharga dalam ilmu blogging yang tak pernah saya buat.
Syukur Alhamdulillah dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0, saya berjaya menang hadiah Collagen Plus Powder Shaklee yang bernilai RM298.
Collagen ni antara supplement favourite saya sebab suka kesan dia cepat untuk sekotak pertama. Supplement anti-aging yang kita perlu ambil bila berusia 25 tahun ke atas sebab waktu ni kolagen dalam badan mula berkurangan. Shaklee memilih kolagen organik dari sisik ikan merah. Semestinya organik tanpa bahan kimia.
Comments
Post a Comment