Kalau kita perasan kan, sekarang ni banyak jenama vitamin dan supplement yang tumbuh macam cendawan selepas hujan kat pasaran Malaysia ni. Kalau kita pergi ke mall atau kedai kedai jamu bersusun susun supplement atas rak, dekat laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada juga tidak kurang meriahnya. Kalau pergi farmasi atau kedai drugstore seperti Guardian @ Watson kita boleh jumpa banyak sangat supplement dan vitamin. Macam macam jenis ada.
Tapi sebagai pengguna kita mestilah bijak pilih vitamin, sebab benda nak masuk dalam perut. Kena hati hati memilih. Macam saya sendiri pengguna Shaklee sejak tahun 2018 sampai sekarang, awalnya nak cuba vitamin untuk ikhtiar hamil, bersambung ke set hamil, berpantang dan menyusu. Dan sekarang masih setia consume vitamin Shaklee untuk kehamilan ketiga. 🤲🏻❤️
Kenapa setia sangat dengan 1 jenama vitamin ni? Semestinya kita tahu ianya terbaik. Bercerita hal ini sebagai pengguna bukan lah penjual semata mata.
Jadi dalam entry kalini, saya nak kongsi 6 sebab kenapa supplement Shaklee terbaik di Malaysia dan sangat berbeza dengan supplement lain di luar sana.
Apakah Shaklee?
Shaklee adalah satu syarikat pengeluar vitamin semulajadi yang sudah bertapak di dunia lebih 100 tahun dan lebih 30 tahun di Malaysia. Selain dari pengeluar vitamin dan supplement, Shaklee juga menawarkan rangkaian produk penjagaan muka@skincare dan penjagaan rumah. Setiap produk yang dihasilkan adalah dari bahan semulajadi dan selamat.
- Bebas dari bahan kimia dan tiruan yang berbahaya
- Memantuhi standard keselamatan tertinggi
- Setiap produk Shaklee adalah bebas gluten
- Tidak pernah melalukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan
6 Sebab Shaklee Supplement Terbaik Di Malaysia
Produk yang selamat datangnya dari bahan bahan berkualiti. Standard ketulenan Shaklee tiada tandingan sebab ia merupakan keutamaan dalam penghasilan produk dan antara yang paling ketat dalam industri dan pemakanan kesihatan.
#1. HALAL
Menjadi fardhu setiap Muslim mencari yang halal. Setiap apa yang masuk dalam perut akan menjadi darah daging kita kan. Jangan risau produk Shaklee telah mendapat Sijil Halal daripada Islamic Service of America (ISA). ISA adalah satu badan organisasi yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika.
Selain itu, ISA juga diiktiraf secara global di lebih 70 buah negara. Dan paling best, ISA diiktiraf oleh JAKIM sejak dari tahu 1982 lagi.
#2 100 TAHUN INOVASI
Terbukti!
Komitmen Dr. Forrest C. Shaklee (pengasas Shaklee Corporation) untuk membantu orang lain hidup lebih sihat bermula apabila beliau mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu.
Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang jantung kepada semua yang telah shaklee lakukan.
“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ”- Dr. Forrest C. Shaklee.
Produk pertama shaklee keluarkan adalah multivitamin iaitu sekarang dikenali sebagai vitalea iron pada tahun 1915 oleh Dr forest C Shaklee.
#3 SHAKLEE MEMENANGI AWARD MOST TRUSTED BRAND DARIPADA READER DIGEST
2 tahun berturut turut Shaklee menang Award Gold Trusted Brand 2021 & 2022.
Yang vote ni bukan lah agent Shaklee, tetapi rakyat Malaysia yang consume supplements yang memilih SHAKLEE sebagai supplements No 1 rakyat Malaysia.
Trusted Brand Award adalah satu anugerah berprestij yang dijalankan oleh pihak ketiga. Bukan Shaklee yang buat survey atau bukan dibayar untuk terima award ini. Pembaca Reader’s Digest ni bukan orang biasa biasa, mostly dalam kalangan yang highly educated dan profesional seperti Doktor, Lawyers, ahli korporat yang tentunya golongan yang fluent in English.
#4 PILIHAN PERTAMA UNTUK ATLET DUNIA
Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan supplement Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian yang luar biasa. Mereka telah memenangi lebih 100 pingat emas, perak dan pingat gangsa.
Gary Hall Jr.
- 30 pingat emas
- 31 pemenang rekod dunia
Billy Demong
- Winter Olympic gold medalist
NASA (1993)
- Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde iaitu minuman penghidratan khas untuk para angkawasan NASA
Julian Yee
- Berjaya menjadi Malaysian pertama dalam Shaklee Pure Performance Team. Memenangi gold medal di sukan Sea untuk ice skating.
Bukti bahawa sebuah syarikat kesihatan itu benar benar legit dan hebat dari segi kajiannya adalah bila seseorang pemenang Nobel Prize yang menemui telomere sudi menjadi penasihat saintifik Shaklee. Kajian ini dijalankan oleh Dr Elizabeth Blackburn yang mengatakan telomere pengguna Shaklee lebih sihat dari telomere orang yang tak gunakan Shaklee.
Kajian ini menunjukkan makanan tambahan Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan sihat.
#6 KEBERKESANAN PRODUK SHAKLEE SENDIRI
Ramai dah rasai keberkesanan produk Shaklee, termasuk saya sendiri yang alami perbezaan selepas consume Shaklee. Bermula dari cari produk untuk ikhtiar hamil sampai lah anak nak masuk 3 sekarang.
Boleh tengok jugak feedback pengguna Shaklee di sini
Set Kurus Shaklee. Terlalu ramai pengguna Shaklee yang dah merasai “shaklee effect” mereka.
Saya percaya Shaklee dengan sepenuh hati, kalau anda masih berkira kira nak try Shaklee, try to do research dulu.
Setakat saya consume Shaklee dan buat check up, alhamdulillah result semua ok. Syukur bila kenal Shaklee ni kita mula cakna dengan kesihatan. Sebab sihat ni pun satu amanah nak dijaga kan?
Boleh baca jugak perkongsian dari sahabat blogger saya tentang supplement Shaklee di
SINI
Nak dapatkan produk Shaklee?
Boleh hubungi saya Ifah di talian 0199357375.
Atau untuk lebih info atau pertanyaan lanjut tentang produk @ bisnes Shaklee boleh click
SINI.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#shakleebukitpayong
#shakleekualaterengganu
Comments
Post a Comment