Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu!

 Ramadhan dah dekat sangat. Alhamdulillah. Dalam kita nak berpuasa ni mesti ramai yang dah pasang niat untuk turunkan berat badan kan? Dan ramai sahabat sahabat saya pun mula puasa dengan kaedah Intermittent Fasting, namun ramai masih tak tahu baik dan buruknya Intermittent Fasting ni. Dalam entry sebelum ni saya dah kongsikan kebaikan Intermittent Fasting. Boleh baca  SINI

Menurut kajian, Intermittent Fasting adalah salah satu kaedah yang berkesan dalam mendapatkan berat badan ideal dan menjadikan gaya hidup yang sihat ia juga ada keburukan yang RAMAI TIDAK TAHU. Tetapi jangan risau untuk yang beginner atau yang baru nak mula kaedah IF ni, bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk mula. 


Baru baru ini saya ada mengikuti kelas Nutraceutical yang disampaikan oleh Prof Dr Redza Benjamin, seorang Saintis lulusan Harvard Medical School. Beliau merupakan pakar dalam bidang Nutrigenomics. Melalui kelas ini, banyak ilmu yang saya dapat belajar dan tak dapat dicari dengan carian internet semata.  Ramai yang lakukan Intermittent Fasting cuma melihat kepada kebaikan saja sedangkan ada beberapa keburukan sepanjang proses IF ni.



Ada beberapa fasa jam berpuasa dengan kaedah Intermittent Fasting. Ia boleh dilakukan dalam tempoh 12 jam, 16 jam,18 jam, 24 jam dan ada juga sehingga 72 jam! 
Tetapi usahlah kita memaksa diri untuk mendapatkan IF sampai 72 jam. 

Fasa Fat Burning semasa melakukan INTERMITTENT FASTING

Berdasarkan rajah yang saya kongsikan di atas, Fasa Fat Burning berlaku pada jam 16 manakala autophagy berlaku pada jam ke 18. 

Apa tu Autophagy?  
Merupakan proses penting dalam IF. Juga merupakan proses membersihkan badan pada tahap cellular. Contohnya dalam badan kita banyak sel yang hampir rosak, jadi autophagy ni membantu untuk cantikkan dan baiki semula sel sel itu, 

Kita boleh melakukan Intermittent Fasting selama 16 jam tapi kesan sama seperti 72jam. Ringkasnya, kita boleh pendekkan tempoh berpuasa dengan kesan berpuasa 72 jam. 

Menarik kan? 

Autophagy membantu pembaharuan sel. 


Kebaikan Autophagy

  • Membantu menghalang kanser
  • Membantu tingkatkan prestasi otot
  • Membantu menghalang penyakit berkaitan otak@neuron
  • Membantu kawal keradangan
  • Melambatkan tempoh penuaan
  • Membantu tingkatkan tenaga.


Apa yang bahaya tentang Intermittent Fasting? 

1. Mengalami keletihan melampau dan autophagy yang menyeksakan

Tujuan IF adalah untuk mencapai autophagy, dan amalan sebenar nak capai Autophagy dalam IF adalah kita berpuasa IF selama 18-20 jam. Untuk mencapai autophagy yang sebenar adalah selama 72 jam, maka nya sangat meletihkan kita walaupun kita boleh minum air (wet fasting) dalam masa 72 jam. Dari sudut Islam tujuan asal kita berpuasa adalah dengan merasai orang yang susah, susah nak dapat makanan. Jangan taksub dengan kaedah IF sampai berpuasa melebihi kemampuan diri kita.

2. Memusnahkan Collagen dalam Badan

Perasan tak ada orang yang buat intermittent fasting ni membantu mereka kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama kulit mereka pun turut kendur. Ini yang tak best, bila kita kurus, tapi kenapa nampak tua kan? 

Ketika autophagy berlaku ia akan menggalakkan kemusnahan penghasilan collagen yang semulajadi. Kulit akan kehilangan elastik. Ini bermakna collagen yang dihasilkan oleh badan akan berkurangan. 

3. Kurang Nutrisi

Disebabkan panjangnya masa kita tanpa makanan, badan memang akan cepat kurus tetapi dalam masa yang sama kurangkan nutrisi dalam badan. Sebab itu lah ada yang melakukan IF mereka menghadapi masalah kulit kering, gatal badan, rambut gugur, sakit badan dan sengal otot/kebas. 
Manusia memerlukan nutrien dari makanan. Jadi jika kita melakukan IF, badan kita perlu topup dengan supplement untuk melengkapkan nutrien badan yang diperlukan. 

Kesimpulannya, ada banyak sebab orang buat Intermittent Fasting antaranya nak kuruskan badan, nak sihat dan nak reverse penyakit. Semuanya ada pro and contra. Ada ilmu yang tepat dan kita amalkan dengan konsisten pasti hasilnya pun memuaskan.😍



Untung sangat Shaklee ada sediakan Supplement Terbaik untuk membantu mendapatkan berat badan yang ideal dan dalam masa yang sama memastikan tubuh badan kita lengkap dengan nutrisi micronutriens. Prof Redza juga turut menyarankan untuk kita gunakan nutrien semulajadi dari resveratrol.


Melalui support ini, kita mengamalkan puasa sunnah yang lebih sihat tanpa mengikuti IF barat yang menyeksakan. InshaAllah mudah mudahan bermanfaat untuk semua. 
Banyak lagi ilmu yang saya nak kongsikan hasil dari Kelas Prof Redza, inshaAllah sehingga bertemu lagi di next entry. 

Selamat berpuasa semua. ❤️

 Click untuk direct Whatsapp saya untuk info dan pertanyaan, 


#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023












Comments

  1. Banyak juga keburukan if ni. Seram kalau bab kekurangan kolagen tu. Terima kasih info sis.

    ReplyDelete
  2. great info! thank you for sharing dear. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts