3 Kandungan Utama dalam CoqTrol Plus Shaklee
Hai Assalamualaikum..
Dalam penulisan-penulisan saya sebelum ni, jarang sekali saya bercerita tentang produk Shaklee yang satu ni iaitu CoqTrol Plus Shaklee. Alhamdulillah entry kali ini saya nak kongsikan tentang bahan utama yang menjadi manfaat CoqTrol Plus Shaklee untuk kesihatan tubuh badan.
Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolestrol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah dalam tubuh.
Gabungan 3 bahan utama yang sangat baik untuk penjagaan kesihatan iaitu CoQ10, Tokoferol dan Resveratrol.
Saya explain satu persatu setiap peranan bahan ini. Anda akan rasa wow nyaa walaupun dengan mengambil sebiji sehari sebagai supplement harian.
Jom kita baca apa manfaat CoQ10 untuk kesihatan
1. Generator Tenaga Utama
Berada di dalam mitokondria (kilang tenaga). CoQ10 memulakan proses penghasilan tenaga dan menghasilkan 95% tenaga badan anda.
Pada usia 20 tahun ke atas, CoQ10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia mula berkurangan pada usia 25 tahun ke atas. Dan anda akan mula rasa mudah letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10 anda dengan suplemen CoQ10.
- Tenaga untuk bertindak - Tahap CoQ10 yang tinggi akan menghasilkan lebih banyak tenaga dalam sel dan seterusnya mengurus tenaga dalam badan dengan lebih cekap.
- Tenaga untuk berdegup - Jumlah CoQ10 adalah tinggi di bahagian jantung. Ia membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam hati dan membantu peredaran darah dengan lebih lancar.
- Tenaga untuk kesuburan - CoQ10 membantu meningkatkan tahap tenaga dan memberikan perlindungan antioksida kepada sperma dan ovum. Tahap CoQ10 yang sihat membantu meningkatkan kuantiti sperma yang sihat serta meningkatkan pergerakan sperma sambil meningkatkan kualiti ovum wanita.
- Perlindungan Optimum untuk Kulit Berseri - CoQ10 antioksida yang kuat, melindungi kilit anda dari mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan.
- Kulit Kelihatan Lebih Muda - CoQ10 membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit menjadikan kulit lebih licin dan anjal juga mengurangkan garis halus dan kedut.
3- Nutrisi Penting untuk Jantung
Secara semulajadi CoQ10 banyak berada di jantung yang mengepam darah setiap masa.
- Menguatkan otot jantung - Kajian banyak membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus meningkatkan kekuatan dalam jangka masa panjang
- Meningkatkan peredaran darah - CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolestrol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.
- Mengoptimunkan degupan jantung - Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidak upayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberi tenaga yang cukup untuk jantung dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.
Dalam CoQtrol Plus Shaklee juga mengandungi Tokoferol atau nama lainnya Vitamin E.
Vitamin E atau Tocopherol membantu mengurangkan risiko katarak, kanser, sakit jantung dan penyakit kardiovaskular, ia membantu meningkatkan metabolismes dan sistem imun serta meningkatkan daya tahan kepada penyakit.
Vitamin E juga membantu meningkatkan kesuburan dan kecergasan. Boleh juga baca kebaikan Vitamin E untuk info lanjut.
Sama dengan Vivix dan ResV, CoQtrol Plus mengandungi Resveratrol 2mg diekstrak dari Polygonum Cuspidatum Root atau nama lainnya Japanese Knotweed.
Manfaat Polygonum Cuspidatum adalah :
- Menggalakkan kadar keradangan
- Meningkatkan peredaran darah
- Merencatkan penggumpalan platelet darah
Comments
Post a Comment